BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 3 November 2018 –  Seorang lelaki warga tempatan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada hari ini atas kesalahan menyamar sebagai anggota Polis dan memalsukan dokumen.

Tertuduh Abdullah Muhammad Sham Khairunnas bin Abd Wahab, 23 tahun telah mengaku bersalah atas 6 pertuduhan iaitu 2 pertuduhan dibawah seksyen 468 (Pemalsuan bagi tujuan menipu) dan 4 pertuduhan di bawah seksyen 419 (hukuman kerana menipu secara menyamar) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.

Hakim Mahkamah Perantaraan telah menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh iaitu pemenjaraan selama 19 bulan yang bermula tarikh di tahan reman pada 11 Oktober 2018.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI