GADONG, Isnin 19 November 2018 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Penutup Dikir Dua Belas (12) Malam Berturut-turut Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wassalam bagi Tahun 1440 Hijrah pada petang ini, bertempat di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.
Hadir bagi sama-sama menyemarakkan Majlis selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam.
Juga hadir ialah Pengarah-Pengarah Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Para Pegawai dan anggota pangkat rendah PPDB.
Majlis didahului dengan Sembahyang Fardhu maghrib berjemaah di imamkan oleh Yang Mulia APO SM 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Mat Tahir, Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, di ikuti dengan bacaan dikir beramai-ramai serta di akhiri dengan sembahyang Fardhu Isya’ Berjemaah,
Majlis Dikir Maulud merupakan aktiviti keagamaan yang dikendalikan setiap tahun oleh Badan Ugama Islam PPDB dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
