BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 22 Januari 2019 – Tiga (3) orang warganegara tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 22 Januari 2019 bagi sebutan kes yang melibatkan laporan-laporan aduan curi dan pecah rumah yang berlaku di Daerah Brunei Muara dan Daerah Tutong.

Hasil kerjasama daripada Daerah Polis Brunei Muara dan Daerah Polis Tutong telah berhasil menyelesaikan 26 laporan kes dan berjaya menghadapkan 3 orang tertuduh ke muka pengadilan.

Tertuduh telah didakwa di bawah Seksyen 323 (Pukul), Seksyen 379 (Curi), Seksyen 380 (Curi dalam bangunan) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.

Tertuduh pertama : Haji Hamdilah bin Haji Othman 34 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 80 bulan dan 2 kali sebatan.

Tertuduh kedua : Adi Munawar bin Haji Wasli 42 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 40 bulan.

Manakala tertuduh ketiga : Hazirul Azmi bin Mahmud 36 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 56 bulan dan 2 kali sebatan.

Di samping itu, Pasukan Polis Diraja Brunei akan berusaha dalam mencegah, mengesan dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada sebarang individu yang melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan jenayah di negara ini.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI