TEMBURONG, Rabu 14 November 2018 – Unit Pengawasan Kejiranan (UPK) Balai Polis Bangar telah menjalankan rondaan bersama Ahli-Ahli PK Kg Puni, Mukim Bangar semalam.

Seramai 8 orang PK yang di ketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Alif Nur Khaliq Bin Mat Rasil telah membuat rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan Kg Puni, kawasan Masjid, Balai Raya sehingga ke kawasan Ujong jalan.
Turut sama menjalankan rondaan ialah daripada PK kampung Sibut, Mukim Amo yang di pimpin oleh Sarjan Mejar 2547 Seperidin Anak Dinga selaku ketua Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Temburong. Di kongsikan sebelum rondaan dijalankan ialah penerangan mengenai statistik jenayah yang berlaku sejak kebelakangan dan juga langkah-langkah keselamatan sebelum membuat rondaan.

Antara yang turut serta semasa rondaan ialah Pemangku Ketua Kampung Sibut, Yang Mulia Awang Norasmin bin Ariffin serta 9 orang ahli PK kampung tersebut dan juga 6 orang daripada anggota Balai. Tumpuan rondaan di kawasan rumah-rumah kosong, Balai Raya dan Balai Ibadat sehingga ke kawasan Taman Batang Duri.
LABI – Rumah Panjang Kg Melayan, Labi tidak ketinggalan dalam sama-sama memberikan kerjasama membuat rondaan PK di kawasan berkenaan.
Sokongan telah di berikan oleh Ketua Rumah Panjang sendiri, Yang Mulia Ah Joup Ak Rading yang hadir bersama Inspektor Mohd Nazmi bin Hj Ismail, Pegawai Menguasa Balai Polis Labi bersama-sama membuat rondaan pencegahan jenayah di persekitaran kawasan Kg Melayan dengan rondaan berjalan kaki.

SERIA – Seramai 14 orang terdiri daripada anggota Balai dan Ahli-ahli daripada PK Kg Panaga 2000 Seria melibatkan diri dalam rondaan berjalan kaki di persekitaran kawasan RPN Kg Panaga, Seria.
Mengetuai rombongan rondaan, Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, Inspektor Percubaan Boniface Ak Janita bersama Timbalan Pengerusi PK, Yang Mulia Awg Zaleha bin Lahap.

Disepanjang rondaan yang dijalankan lewat malam tersebut tidak ada menemukan sebarang kegiatan-kegiatan yang mencurigakan mahupun menyalahi undang-undang negara ini.
Program Rondaan ini akan terus dipergiatkan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat awam bahawa keamanan dan keharmonian negara ini adalah tanggungjawab yang perlu di pikul dan dipupuk bersama-sama.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
