KASAT, Jumaat 10 Mei 2019 – Balai Polis Kampong Ayer, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengendalikan satu rondaan pencegahan jenayah Pengawasan Kejiranan (PK) yang dijalankan di kawasan tadahan dan jagaan Balai Polis Kampong Ayer pada lewat malam 10 Mei 2019. 

Strategi operasi pada malam itu ialah dengan membuat rondaan di beberapa lokasi di kawasan Kampong Kasat dan Kampong Setia ‘A’, Daerah Brunei & Muara. 

Seramai 19 keanggotaan Balai Polis Kampong Ayer serta 2 orang Pegawai Polis turut hadir yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Kampong Ayer, Inspektor Hamdan bin Mantul. 

Turut menjayakan lagi rondaan PK tersebut dengan kehadiran 6 orang ahli Pengawasan Kejiranan Kg Kasat dipimpin oleh Pemangku Ketua Kampung Kasat, Yang Mulia Awang Amran bin Haji Maidin. 

Operasi yang bermula pada jam 12 tengah malam itu telah menjalankan rondaan dan pemeriksaan di kawasan rumah-rumah kediaman, kawasan letak kereta, serta di sepanjang persimpangan jalan-jalan kawasan berkenaan. 

Operasi berakhir pada jam sekitar 2 pagi itu tidak ada menemukan sebarang kesalahan-kesalahan jenayah mahupun kesalahan di bawah Akta Lalulintas. 

Pasukan Polis Diraja Brunei khususnya Balai Polis Kampong Ayer akan sentiasa berterusan mengadakan program rondaan PK seperti ini bagi memastikan perlanggaran undang-undang negara sentiasa ditangani, dipantau dan dibanteras dengan sebaiknya. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI