LABI , Selasa 30 Oktober 2018 – Melalui program Pengawasan Kejiranan (PK) anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ini telah di jalankan satu rondaan pencegahanjenayah yang di kendalikan oleh Balai Polis Labi bersama ahli PK Kg Labi.
Rondaan yang di jalankan pada waktu malam tersebut menumpukan rondaan di kawasan sekitar bangunan- bangunan kerajaan, Taman peranginan, menara komunikasi perhubungan dan rumah-rumah kediaman penduduk kampung di bawah tadahan kampung Labi.
Mengetuai rondaan Pegawai Menguasa Balai Polis Labi, Inspektor Mohd Nazmi Bin Hj Ismail bersama anggota balai dan 2 ahli PK kampong.

SUNGAI LIANG – Seramai 4 anggota Balai Polis Sungai Liang dan 6 ahli PK Kg Sungai Liang telah menjalankan rondaan bagi menyokong penglibatan bersama masyarakat dalam sama-sama bertanggungjawab mencegah jenayah di kampung tersebut.
Turut hadir bagi bersama membuat pencegahan ialah Penolong Pengawai Menguasa Balai Polis Sg Liang, Inspektor Kanan (Senior Inspektor) Haji Rabiul Shukreen bin Haji Abdullah dan memimpin ahli PK kampung, Yang Mulia Haji Mohd Ibrahim bin DMS Dian, Pemangku Ketua Kampung Sg Liang.
Bangunan Kedai-kedai , kawasan Jalan Pantai dan kawasan Kampung Tunggulian merupakan sasaran rondaan pada malam tersebut. Walaubagaimanapun, tidak ada ditemukan sebarang kegiatan yang mencurigakan disepanjang rondaan di buat.
Pasukan Polis Diraja Brunei berharap usaha pelbagai program ini mampu memberikan kesedaran kepada orang awam tentang betapa pentingnya gandingan bersama masyarakat dalam hala tuju memantapkan semangat kejiranan dalam bersatu padu memerangi segala anasir-anasir jenayah yang berlaku di negara ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
