BRUNEI MUARA, Ahad 15 Sept 2019 – Unit Pengawasan Kejiranan Focal Point Balai Polis Kampong Ayer bersama anggota balai dan ahli Pengawasan Kejiranan kampung telah menghadiri aktiviti Majlis Kayuhan Basikal Persatuan Belia Lumapas.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.
Turut Hadir Pegawai Menguasa Balai Polis Kampong Ayer, Inspektor Hamdan bin Mantul bersama Ketua-Ketua Kampung Mukim Lumapas.
Majlis ini diadakan bagi Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang ke 73 tahun dan tujuan aktiviti ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara Pasukan Polis Diraja Brunei bersama Pengawasan Kejiranan Kampung Lumapas.
BELAIT – Balai Polis Panaga telah membuat rondaan pencegahan jenayah bersama ahli Pengawasan kejiranan kawasan RPN Kampung Panaga.
Mengetuai rondaan Polis Konstable 6273 Ahmad Huzaifah bin Shahrum bersama empat (4) orang anggota balai dan disertai oleh tujuh (7) orang ahli PK Kg RPN Panaga.
Rondaan dibuat di kawasan rumah-rumah RPN Kg Panaga dan kawasan-kawasan yang terbiar secara berjalan kaki. Sepanjang rondaan dibuat tidak mendapati apa-apa kejadian atau unsur-unsur jenayah.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
