BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 27 Oktober 2018 – Balai Polis Berakas, Daerah Polis Brunei Muara telah berjaya menahan empat (4) orang pengawal keselamatan dan telah di hadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan hari ini atas tuduhan mencuri.

Hasil daripada siasatan yang di jalankan mendapati kesemua tertuduh telah terlibat dalam melakukan curi ke atas 11 set Televisyen jenis Narutron dan jenis Sharp milik Aman Hills Property Management, Kg Sg Tilong, Jalan Muara.

Siasatan juga mendapati 4 daripada 11 televisyen yang di curi berjaya di rampas kembali manakala 7 daripadanya belum lagi di temui. Disamping itu, seorang suspek masih lagi dalam pencarian kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan curi ini.

Kesemua tertuduh merupakan warganegara tempatan dan telah mengaku bersalah atas kesalahan di bawah seksyen 381 (pengkhidmat mencuri harta milik tuannya) dan dibacakan bersama seksyen 34 (Perbuatan yang dilakukan oleh beberapa orang bagi mencapai niat bersama) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.

Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas kesemua tertuduh;

1- Khalifuddin Bin Mohammad Yusof, berumur 20 tahun dijatuhkan hukuman selama lapan belas (18) bulan penjara.

2-Zulkhairuddin Hj Ibrahim, berumur 42 tahun dijatuhkan hukuman selama lapan(8) bulan penjara.

3- Mohammad Shahran Bin Hj Johari, berumur 43 tahun dijatuhkan hukuman selama sepuluh (10) bulan penjara.

4- Hamdi Bin Hj Mohammad, berumur 32 tahun dijatuhkan hukuman selama lapan (8) bulan penjara.

Kesemua hukuman bermula pada tarikh 24.10.2018.

Pasukan Polis akan berusaha menjalankan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan pada setiap kegiatan jenayah yang dilakukan untuk dihadapkan ke muka pengadilan bagi dijalankan perbicaraan serta hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI