BRUNEI MUARA, Ahad 5 Mac 2020 – Beberapa kawasan Jalan Utama dan Lebuhraya di Brunei Muara telah menjadi lokasi pilihan bagi operasi sekatan jalanraya yang telah dijalankan oleh keanggotaan daripada Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas pada 4 Mac 2020. 

Objektif utama operasi sekatan dijalankan adalah bagi memastikan para pengguna jalanraya sentiasa patuh dan akur dengan peraturan-peraturan lalulintas yang ditetapkan di negara ini di samping membentuk serta memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan sikap pemanduan yang berhemah, sentiasa peka dengan kenderan yang dipandu dalam keadaan yang baik dan selamat untuk berada di atas jalanraya. 

Hasil keseluruhan daripada operasi sekatan telah menahan sebuah kenderaan dan pemandunya semasa pemeriksaan dijalankan dan mendapati ada bersamanya 5 kotak minuman keras yang tersimpan di bahagian bonet belakang kenderaan berkenaan. 

Pemandu merupakan seorang warga tempatan bernama Muhammad Asrimin bin Awang Haji Alim, 30 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan.  

Pemandu beserta barang tegahan dibawa ke Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan diserahkan selanjutnya kepada pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​