BRUNEI MUARA, Khamis 9 Mei 2019 – Empat (4) program pendekatan Pengawasan Kejiranan telah dikendalikan oleh Balai-balai Polis di Daerah Brunei Muara, Daerah Tutong dan Daerah Belait secara berasingan. 

Balai Polis Berakas yang diketuai oleh Focal Point PK, Staff Sarjan 3607 Rossam bin Haji Draman membuat pendekatan ke kediaman Pemangku Ketua Kampong Kawasan 1, RPN Lambak Kanan, Mukim Berakas B iaitu Yang Mulia Awang Jumat bin Mohd Daud. 

Tujuan pendekatan ini bagi membincangkan aktiviti perancangan PK bagi bulan yang akan datang dan mengenai penubuhan bagi ahli PK baharu yang masih belum ditubuhkan di kampung berkenaan. 

BELAIT – Focal Point Balai Polis Seria, Lans Kopral 5976 Md Izazaya bin Abdullah membuat pendekatan bersama Ketua Kampung STKRJ Lorong 3 Seria, Yang Mulia Haji Saidin bin Haji Ibrahim. 

Selain itu, Balai Polis Kuala Belait yang diketuai oleh Focal Point PK, Kopral 2721 Shamsudin bin Haji Naim juga turut sama mengadakan pendekatan ke rumah Ketua Kampung Pandan C, Yang Mulia Haji Affendy bin Haji Awg Damit. 

Perisian pendekatan tersebut membincangkan dan berkongsi maklumat mengenai kadar jenayah yang berlaku di kawasan kampung tersebut. Di samping itu juga saling bertukar pendapat dan cadangan untuk mempertingkatkan keselamatan di sekitar kampung. 

TUTONG – Tidak ketinggalan bergiat aktif dalam aktiviti pendekatan PK iaitu Balai Polis Tutong dengan mengadakan program pendekatan ke rumah ahli PK Kampong Danau, Awang Morni bin Wahab. 

Pendekatan ini diketuai oleh Inspektor Ahmad Faez bin Haji Mohd Hani, Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong bersama Inspektor Percubaan (PI) Abdul Hakim bin Haji Mohd Salleh, Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong dan anggota-anggota balai.

Antara lain tujuannya bagi mengeratkan hubungan di antara pasukan khususnya Focal Point Balai Polis Tutong bersama ahli-ahli PK di bawah tadahan Balai Polis Tutong serta berkongsi maklumat mengenai tren jenayah terkini dan perancangan rondaan pencegahan jenayah semasa bulan Ramadan ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI