BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 17 Okt 2018- Dua (2) orang suspek warganegara tempatan telah di hadapkan hari ini ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan. Ini adalah berikutan tangkapan yang telah di jalankan oleh anggota Balai Polis Kuala Belait berhubung kes curi dan rosak barang yang di laporkan berlaku di kawasan Jalan Derma Wangsa STKRJ, Kg Mumong Kuala Belait.

Tertuduh (1)  Mohammad Saiful Rizal bin Bujang, 31 tahun telah dibacakan tuduhan dibawah seksyen 454 dan 411 Kanun Hukuman Jenayah dan Tertuduh (2) Noorazlan bin Anuar, 34 tahun dibacakan tuduhan dibawah seksyen 454,451,425 dan 380 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. 

Kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah dan Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman keatas Mohammad Saiful Rizal iaitu hukuman penjara selama lima (5) tahun dan tiga (3) kali sebatan manakala Noorazlan menerima hukuman empat (4) tahun penjara dan dua (2) kali sebatan. Hukuman berjalan bermula pada tarikh 17 Oktober 2018.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menasihatkan kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang di negara ini dan Pasukan Polis juga akan berusaha memantau dan seterusnya mengambil tindakan pada setiap kegiatan jenayah yang dilakukan untuk dihadapkan ke muka pengadilan untuk dijalankan perbicaraan serta hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI