KUALA BELAIT , Sabtu 19 Januari 2019– Balai Polis Kuala Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) pada 17 Januari 2019 telah menerima satu (1) laporan berkenaan kehilangan sebuah kereta jenis Toyota Corolla berwarna putih di kawasan letak kereta Masjid Kampung Pandan, Kuala Belait.
Hasil daripada maklumat yang diterima, anggota Balai Polis KB telah menjalankan siasatan ke atas sebuah rumah kediaman di alamat No.7, Simpang 1273-23 Kampung Tanjung Bunut, Daerah Brunei Muara dan telah berjaya menemui semula kereta tersebut serta telah menahan seorang suspek lelaki dipercayai terlibat dengan kejadian berkenaan.
Suspek bernama Md Mu’azin Azri bin Abdullah Mohaimin, 17 tahun, warganegara tempatan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 19 Januari 2019 atas dakwaan curi di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Tertuduh telah dilepaskan dengan jaminan Mahkamah dan kes ini akan disebut semula pada 2 Februari 2019.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
