BERAKAS, Khamis 20 Jun 2019 – Membanteras jenayah di kawasan-kawasan perniagaan di bawah tadahan Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memfokuskan pemeriksaan “Stop and Search” ke atas warga-warga asing yang hadir di lokasi berkenaan.
Operasi juga menitik beratkan “Stop and Talk” kepada pemilik dan penghuni premis perniagaan bagi mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh pihak mereka dan apa jua isu yang berkaitan dengan hal jenayah.

Inspektor Mohammed Nagib bin Hj Alias, Pegawai Menguasa Balai mengetuai operasi bersama 17 orang anggota balai meredah dan memantau Kawasan Kompleks Perniagaan Serusop sehingga tengah malam.
Hasil dari 20 “Stop & Search” dijalankan dan tidak ada mendapati sebarang kesalahan jenayah dilakukan. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi apa jua peraturan undang-undang di negara ini.
Masyarakat diharap agar turut memainkan peranan yang proaktif sebagai mata dan telinga kepada Pasukan Polis dengan menyalurkan maklumat mengenai jenayah demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
