KUALA BELAIT, 30 Sept 2018 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah menjalankan pemeriksaan mengejut di kawasan letak kereta di salah sebuah premis perniagaan Kuala Belait semalam.

Maklumat awal telah diterima berkenaan keberadaan sejumlah kenderaan-kenderaan yang dipercayai di ubah suai dan telah diletakkan untuk dipamerkan dikawasan letak kereta di kawasan berkenaan.

Bertindak dengan maklumat tersebut, Jabatan Siasatan Kawalan Lalu lintas (JSKLL)PPDB, Daerah Polis Belait serta JPD telah menjalankan pemeriksaan secara mengejut keatas kenderaan yang berjumlah melebihi 100 buah tersebut.

Hasil daripada pemeriksaan itu telah mendapati terdapatnya sebahagian daripada kenderaan-kenderaan berkenaan telah melanggar beberapa peraturan dibawah akta kesalahan jalanraya di negara ini. Sehubungan itu, beberapa kenderaan telah pun di ambil tindakan kompaun di atas kesalahan-kesalahan tertentu dan telah diarahkan untuk membuat pemeriksaan semula ke JPD.

PPDB ingin menasihati kepada pemilik-pemilik kenderaan untuk akan sentiasa patuh dengan perundangan-perundangan dibawah akta kesalahan lalulintas dan dalam pada itu juga menyarankan kepada pihak penganjur dan pihak pengurusan bagi sesuatu acara untuk sentiasa merujuk kemana-mana pihak berwajib bagi memberikan penjelasan lanjut mengenai acara-acara yang bakal di kendalikan atau di adakan.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI