BRUNEI MUARA, Jumaat 8 Mei 2020 – Dalam usaha menyediakan pelbagai platform bagi memudahkan orang ramai berurusan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Jabatan Siasatan & Kawalan Lalulintas telah mengorak langkah dalam mempelbagaikan perkhidmatan pembayaran kesalahan-kesalahan lalulintas dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang merupakan lanjutan dari pembayaran atas talian. 

Pembayaran menggunakan kad kredit dan kad debit ini bersifat mesra pengguna terutamanya dalam memudahcara orang awam, jika tidak membawa bersamanya wang tunai semasa membuat pembayaran kesalahan-kesalahan berkaitan lalulintas. 

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Unit Kompaun, Jabatan Siasatan & Kawalan Lalulintas dari di talian 2459500 ext. 452.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI