BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 18 Jun 2 019 – Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Balai Polis Pusat telah menghadapkan seorang tahanan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan kerana dipercayai terlibat dengan kes curi yang dilaporkan berlaku di perumahan persendirian Kg Tungku Link.

Tahanan perempuan bernama Melissa Handayani warganegara Indonesia berumur 30 tahun bekerja sebagai pembantu rumah.

Pendakwaan dijalankan oleh DPP Wani di hadapan Majistret Hajah Noor Amalina DP Haji Alaihuddin. Tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan curi di bawah Seksyen 381 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan dijatuhi hukuman pemenjaraan 6 bulan mulai 17/ 06/ 2019.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI