BRUNEI MUARA, Selasa 2 Jun 2020 – Semasa rondaan rutin yang dijalankan oleh keanggotaan Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL) telah membuat penahanan ke atas sebuah kenderaan yang mencurigakan sedang dipandu di kawasan Jalan Tutong Kilanas – Bunut. 

Pemeriksaan telah dikendalikan dan mendapati kenderaan tersebut telah melanggar Akta kesalahan Lalulintas Jalan Raya iaitu kesalahan cukai jalan mansuh dan pemandu tidak ada mempunyai lesen memandu. 

Kenderaan dan pemandu kemudiannya dibawa ke JSKLL, Gadong bagi pemeriksaan dan siasatan lanjut. Semasa pemeriksaan dilakukan di dalam kenderaan tersebut telah menemukan ‘grill’ besi longkang yang mencurigakan dipercayai barangan curi lalu segera dimaklumkan ke Pegawai Penyiasat Balai Polis Pusat, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) untuk tindakan selanjutnya. 

Siasatan dijalankan dan telah menghadapkan dua (2) orang suspek ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan dipercayai terlibat di bawah Seksyen 447 dan 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. 

Suspek pertama bernama Samsudin bin Md Idris, 42 tahun manakala suspek kedua Pg Mohammad Kamal bin Pg Haji Beswani, 45 tahun. 

Hasil daripada sebutan kes, tertuduh pertama telah tidak mengaku bersalah maka Pihak Mahkamah memerintahkan bagi tertuduh pertama ditahan reman di Penjara Jerudong sehingga sebutan kes selanjutnya pada 16 Jun 2020. 

Tertuduh kedua pula telah mengaku bersalah dan Pihak Mahkamah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 1 tahun bermula pada tarikh 2 Jun 2020. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI