GADONG, Jumaat 21 Jun 2019 – Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan majlis penghargaan untuk Yang Mulia Datin Hjh Kamariah binti Haji Abd Hamid, Yang Dipertua PEKERTI di Dewan Banquet, Mess Pegawai Ibu Pejabat Polis Gadong.
Majlis juga diselajurkan dengan sambutan hari raya anjuran ahli jawatankuasa tertinggi PEKERTI, Yang Mulia Datin Hajah Dayang Norayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Hj Awang Mohd Nawawi selaku Pengerusi Sosial dan Suriani binti Haji Mohd Said sebagai Timbalan Pengerusi Sosial serta dihadiri oleh ahli PEKERTI seramai 250 orang. Turut hadir Bersama Yang Mulia Pg Datin Hjh Zauyah binti Pg Haji Sulaiman selaku Pengerusi PEKERTI.

Dalam ucapan Yang Dipertua PEKERTI menyentuh mengenai PEKERTI menjadi satu badan yang mantap dalam kewujudannya, kesepaduannya, kekeluargaannya dan dinamik. Bagi memantapkan lagi kesepaduan dan kekeluargaan tersebut perlu menanamkan semangat kesepaduan atau teamwork dikalangan pengerusi-pengerusi badan, cawangan dan ahli-ahli PEKERTI, agar ia dapat menimbul suasana yang kondusif dan selesa dalam kita menjalankan tugas yang diamanahkan dan juga dapat menjaga nama baik PEKERTI dan Pasukan.
Majlis kemudiannya mempersembahkan nyanyian sempena perpisahan dan majlis raya juga turut dipersembahkan oleh ahli jawatankuasa tertinggi dan ahli-ahli PEKERTI.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
