BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 30 Mei 2019 – Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Tadarus bertempat di Rumah Aman, Ibu Pejabat Polis Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah isteri Pesuruhjaya Polis PPDB, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abd Hamid selaku Yang Dipertua PEKERTI.
Turut hadir, Pengerusi PEKERTI, Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman beserta 50 orang ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI serta ahli-ahli dari 5 cawangan di bawah tadahan PEKERTI.

Majlis dimulakan dengan bacaan Khatam Al-Quran dan Tadarus oleh semua ahli PEKERTI dan seterusnya bacaan Doa Khatam dipimpin oleh Timbalan Penguasa Polis (DSP) Hjh Norputemah binti Haji Puteh selaku Timbalan Pengerusi Kebajikan Am, PEKERTI.
Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan PEKERTI yang dikendalikan oleh Badan Keugamaan PEKERTI di mana ianya bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana bulan Ramadan yang mubarak di samping mendekatkan diri dengan Al-Quran dan meningkatkan hubungan silaturahim di antara semua ahli-ahli PEKERTI.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
