TUTONG, Isnin 25 Februari 2019 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) giat menjalankan program pendekatan dan pencegahan jenayah Pengawasan Kejiranan (PK) di Daerah Tutong dan Daerah Belait. 

Bagi Daerah Tutong, Program pendekatan PK diadakan bersama Penghulu Mukim Ukong, Yang Mulia Haji Omar bin Abd Aziz dan Ketua Kampong Long Mayan, Yang Mulia Muhd Eddy Suffian bin Abdullah. 

Hadir membuat perjumpaan Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, SUPT Haji Mohd Khairul Amilin bin Haji Idris bersama anggota-anggota balai. 

Perisian dalam pendekatan ini bagi mengongsikan maklumat tentang jenayah yang berlaku di kawasan Mukim Ukong yang dilaporkan serta membincangkan mengenai penubuhan ahli PK di kawasan Kg Ukong memandangkan pada masa ini Kg Ukong salah satu kampung yang belum berdaftar menjadi Pengawasan Kejiranan. 

Kemudian diikuti dengan aktiviti Rondaan pencegahan jenayah yang diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, P/Insp Abdul Hakim bin Haji Mohd Salleh bersama tiga anggota balai. Turut hadir bersama sepanjang rondaan Ketua Kampong Bukit Udal, Yang Mulia Awang Junho bin Perak dan tujuh orang ahli PK. 

Rondaan dibuat disekitar kawasan Jalan Simpang 122 Kampong Bukit Udal dengan berjalan kaki dan menggunakan sebuah kereta. 

BELAIT – Manakala Balai Polis Sungai Liang yang diketuai oleh S/Insp Hj Rabiul Shukreen Bin Abdullah Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Sungai Liang telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama Pengawasan Kejiranan (PK) Sungai Liang, Lumut I dan Lumut II.   

Turut bersama dalam rondaan tersebut Pemangku Ketua Kampong Sungai Liang, Yang Mulia Haji Mohd Ibrahim bin DMS Dian, Pemangku Ketua Kampong Lumut I, Yang Mulia Haji Abd Aziz bin Haji Abd Gani dan Pemangku Ketua Kampong Lumut II, Yang Mulia Haji Abd Rahman bin Hashim bersama enam orang ahli PK. 

Rondaan bermula di kawasan Jln Pantai Sg Liang, Jln Tunggulian, Kg Sg Bakong, Kg Sg kayu Ara, Kg Sg Tali dan kawasan RPN Lumut. Hasil sepanjang dua rondaan itu tidak ada mendapati perkara yang mencurigakan berlaku. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI