GADONG, Sabtu 20 April 2019 – Badan Ugama Islam, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya’ban bagi tahun 1440 Hijrah di Surau Ibu Pejabat Polis, PPDB Gadong.
Tetamu kehormat di Majlis tersebut, Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam beserta Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali.
Turut hadir para Pengarah, Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan keanggotaan PPDB.
Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan sembahyang sunat hajat, bacaan Surah Yassin sebanyak 3 kali yang dipimpin oleh Imam Surau, Yang Mulia APO Sarjan Mejar 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Metahir.
Diikuti dengan bacaan doa khusus sempena malam Nisfu Sya’ban bagi memohon kepada Allah S.W.T agar dipanjangkan umur dengan beramal ibadat kepadanya, memohon untuk dijauhkan daripada segala bala bencana serta dimurahkan rezeki yang halal lagi bermanfaat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
