BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 27 Jun 2019 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Berakas telah menghadapkan seorang suspek ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan kerana dipercayai terlibat dengan kes curi kereta yang dilaporkan di kawasan Kedai Teguh Raya, Serusop.

Tahanan lelaki bernama Mohammad Fadzley bin Yahya berumur 38 tahun dan tidak bekerja.

Pendakwaan dijalankan oleh DPP Raihan di hadapan Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman. Tertuduh mengaku bersalah melakukan curi di bawah Seksyen 379 (curi) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan dijatuhi hukuman pemenjaraan 8 bulan mulai 27/06/2019.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI