TUTONG, Sabtu 1 Sept 2018 – Daerah Polis Tutong beserta anggota simpanan ‘A’ dan ‘C’ kompeni dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasa undang-undang terdiri daripada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Pejabat Daerah Tutong telah menjalankan operasi serbuan semalam di kawasan Daerah Tutong.
Operasi sepadu melibatkan seramai 101 Orang pegawai dan anggota itu diketuai oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Penguasa Polis Suhairi bin Haji Sukri dan telah membuat serbuan ke sebuah rumah di alamat no 71 , Spg 221, Kampung Bukit Udal Tutong, dipercayai ada mengadakan persembahan live band serta kegiatankegiatan yang tidak bermoral.
Hasil daripada serbuan dan pemeriksaan telah mendapati beberapa barangan tegahan seperti rokok dan minuman keras ditempat kejadian.
Kesemua barangan tegahan dirampas dan Pemilik rumah telah di bawa ke Balai Polis Tutong bagi siasatan lanjut.
Adapun Operasi Sepadu sedemikian di adakan adalah bertujuan bagi meningkatkan lagi koordinasi dan melancarkan kerjasama dikalangan semua agensi penguatkuasaan dan juga membuktikan kerajaan amat mengambil serius dalam menangani kegiatan-kegiatan jenayah di negara ini.
Disamping itu, Pasukan Polis ingin menasihati dan menegaskan kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi apa jua peraturan undang-undang negara dan memohon kepada masyarakat awam untuk memainkan peranan penting dan tidak camah mata dalam menyalurkan sebarang maklumat jenayah agar dapat di tangani sehingga ke peringkat akar umbi demi menjaga keamanan,keselamatan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.
