BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 18 Nov 2019 – Balai Polis Kampong Ayer, Daerah Polis Brunei Muara Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan kerjasama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) dan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah melaksanakan satu Operasi Sepadu Sekatan Jalanraya di kawasan Simpang 3 Jalan Lumapas, Kampung Sungai Kebun.  

Operasi Sepadu sekatan jalanraya ini diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Kg Ayer, Inspektor Hamdan bin Mantul bersama 47 anggota dan ahli daripada agensi penguatkuasa yang lain. 

Hasil daripada operasi yang dijalankan telah mendapati sejumlah kesalahan seperti :  

PPDB  : 01 kesalahan melibatkan pengubahsuaian kenderaan. 

JPD     : 01 kesalahan di bawah seksyen 10 (3) MV (SWD) 2002. 

Tujuan operasi ini dikendalikan adalah bagi memastikan orang ramai sentiasa peka dan akur dengan peraturan-peraturan yang telah diperuntukkan oleh perundangan di negara ini. 

Di samping itu juga konsep ‘Stop & Search‘ dan ‘Stop & Talk’ juga diterapkan semasa keseluruhan operasi berkenaan bagi tujuan interaksi, mewujudkan kepercayaan dan pendekatan bersama masyarakat awam dalam usaha membendung dan mencegah jenayah secara efektif di negara ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI