BRUNEI DAN MUARA, Sabtu 23 Mac 2019 – Jabatan Siasatan dan Kawalan LaluLintas (JSKLL), Daerah-Daerah Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) termasuk kerjasama  pelbagai agensi daripada Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU), Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) serta Jabatan Keselamatan dalam Negeri (JKDN) menerusi Operasi Sepadu secara serentak di seluruh negara bersempena musim cuti persekolahan ini. 

Operasi yang dikendalikan di Daerah Brunei dan Muara diketuai oleh Pemangku Ketua Bahagian Operasi dan Penguatkuasaan  (JSKLL), Timbalan Penguasa Polis (DSP) Ang Lay Bee. Manakala di daerah yang lain diketuai oleh Pegawai Siasatan Lalulintas Daerah Polis masing-masing. Operasi ini juga melibatkan seramai 124 orang Pegawai dan anggota dari kesemua agensi.  

Operasi yang berakhir kira-kira jam 1 pagi itu mensasarkan sebanyak 3 penempatan lokasi yang bermula pada jam 9.00 malam di mana  tumpuan lokasi adalah di kawasan Kampong Kuala Lurah, Depot Kontena Sg Tujuh ,Kuala Belait dan Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan, Temburong. 

Sebanyak 76 kes kesalahan Kompoun dan 1 kes doket JSKLL & Daerah Polis, 2 Kesalahan di bawah Akta JKED, 1 Kesalahan dan 5 tahanan di bawah Akta BKN yang diperolehi hasil daripada Operasi seluruh Daerah. 

Objektif lain dalam operasi ini adalah untuk meningkatkan disiplin masyarakat sebagai pengguna jalanraya dalam sama-sama menjalankan tanggungjawab dan memastikan undang-undang yang diperuntukkan ke atas agensi-agensi yang terlibat dilaksanakan dan dipatuhi. 

Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya akan sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang lalulintas bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang dijalankan ke atas mereka. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI