TUTONG, Rabu, 26 Februari 2025 – Satu Operasi Sepadu Penguatkuasaan Undang Undang telah dijalankan pada pagi 26 Februari 2025 oleh Daerah Polis Tutong.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), bersama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED). Operasi ini dilaksanakan di sekitar Jalan Bukit Barun, Tutong, Dalam operasi tersebut, sebanyak 185 buah kenderaan telah diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati 10 kesalahan kompaun dikeluarkan oleh PPDB, termasuk kesalahan tayar botak, pemasangan tabir gelap, dan memandu tanpa lesen yang sah. Sementara itu, JKED telah mengesan 4 kesalahan di bawah Perintah Eksais 2006, yang melibatkan pemilikan barang tegahan, iaitu rokok seludup.
Operasi bertujuan untuk meningkatkan pematuhan undang-undang jalanraya serta membanteras sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang negara. PPDB bersama agensi penguatkuasaan lain menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang, serta memberikan kerjasama penuh dalam perkongsian maklumat bagi membantu membanteras sebarang kegiatan jenayah.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
