MUARA, Isnin 20 November 2023 – Dalam usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan di perairan negara ini, Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama Angkata Bersenjata Brunei (ABDB) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) telah menjalankan satu operasi sepadu yang menumpukan di kawasan perairan Teluk Brunei.
Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 4 buah perahu nelayan diperiksa. Hasil pemeriksaan tidak ada mendapati sebarang kesalahan.
Pada sekitar waktu tengahmalam, bot PolMar telah mengesan sebuah perahu bergerak laju secara mencurigakan di kawasan zon operasi. Satu aksi kejar mengejar telah berlaku di antara agensi penguatkuasa dengan perahu suspek.
Perahu suspek telah bertindak membuang barang tegahan untuk mengelak dari ditahan dan dapat melarikan diri ke perairan sempadan negara jiran.
Usaha mencari barang tegahan yang telah dibuang berjaya menemukan sejumlah 140 tin minuman keras pelbagai jenama. Semua barang tegahan yang berjumlah 140 tin diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk tindakan selanjutnya.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
