TEMBURONG, Rabu 24 Oktober 2018 – Operasi Sepadu Penguatkuasa Undang-Undang yang terdiri daripada Daerah Polis Temburong Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) , Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Bahagian Penguatkuasa Ugama(BPU) dan Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) telah dijalankan di satu lokasi rumah pekerja asing di Labu Estet, Temburong.
Operasi Sepadu yang dihadiri seramai 67 orang itu diketuai oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Timbalan Penguasa Polis Pg Muhaimin bin Pg Hj Mustapha.
Hasil daripada Operasi berkenaan 1 kesalahan dibawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais 2006 iaitu memiliki minuman keras tidak diikrarkan kemasukkanya telah di perolehi dan pemilik berikut telah diambil tindakan oleh Bahagian Penguatkuasa Undang -Undang JKED untuk di soal siasat dan barang tegahan di rampas. Minuman keras dan rokok yang tidak bertuan juga dijumpai di luar premis tersebut seterusnya dikeluarkan Notis Rampasan Kastam (NOS) dirampas. Manakala tidak ada sebarang kesalahan undang-undang yang lain ditemukan.
Operasi pada malam tersebut adalah usaha berterusan agensi penguatkuasa undang-undang di Daerah Temburong dalam sama-sama membanteras jenayah dan kegiatan menyalahi undang-undang.
Objektif Operasi bersepadu pada malam itu adalah dengan membuat pemeriksaan secara rambang terhadap pekerja-pekerja asing yang bekerja khususnya di Daerah Temburong untuk memastikan para pekerja asing tersebut tidak ada memiliki barang-barang tegahan lebih-lebih lagi barang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
