KUALA BELAIT, Khamis 21 Februari 2019 – Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan Operasi Sepadu bersama penguatkuasa undang-undang di Daerah Belait di dua (2) tempat berasingan semalam.
Operasi tersebut dikendalikan dengan kerjasama Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dan Pengawasan Kejiranan (PK) Mukim Daerah Belait.
Hasil daripada pemeriksaan tersebut ;
1- JKED : 13 kes – Menjumpai rokok tidak diikrar dan barangan Vape
2- JIPK : 2 kes – Melibatkan kad pengenalan mansuh.
Dengan adanya operasi sedemikian akan memberikan pengajaran dan kesedaran akan pentingnya mematuhi peraturan perundangan di Negara ini di samping kerjasama dan bantuan pihak masyarakat untuk turut sama memainkan peranan proaktif dalam membantu mengongsikan sebarang maklumat yang dipikirkan perlu dalam matlamat menangani perkara-perkara jenayah di Negara ini.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
