BRUNEI MUARA, Sabtu 30 Mei – Kerjasama yang utuh melalui operasi sepadu bersama agensi-agensi penguatkuasa undang-undang di negara ini telah dikendalikan semalam.
Operasi yang dijalankan telah menyaksikan setiap agensi terdiri daripada Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Jabatan Kastam dan Eksais Negara (JKED), Biro Kawalan Narkotik (BKN) serta Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) giat melaksanakan serta menguatkuasakan peruntukan perundangan masing-masing.

Lokasi tumpuan operasi dijalankan di kawasan Lebuhraya Hassanal Bolkiah bermula pada sekitar jam 8 malam dan berakhir pada tengah malam 30 Mei 2020.
Catatan hasil daripada operasi yang dijalankan semalam mendapati;
JSKLL : 56 Kes Kompaun dan 1 Doket
JIPK : 1 Kes
JKED : 8 Kes
JPD : 20 Kes Kompaun
BKN : 1 Kes
Diharapkan dengan operasi-operasi yang kerap dijalankan ini akan memberikan panduan dan kesedaran akan kepentingan mematuhi peraturan undang-undang Negara Brunei Darussalam, di samping memohon kepada masyarakat awam agar turut sama memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kepada agensi-agensi penguatkuasa dengan menyalurkan maklumat yang berguna dalam matlamat menangani perkara-perkara jenayah hingga ke peringkat akar umbi, demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.
Dalam pada itu juga, turut diterapkan kepada anggota-anggota bertugas untuk mengamalkan sifat sopan, berhemah dan berdisiplin semasa operasi dijalankan bagi tujuan pendekatan, interaksi dan mewujudkan kepercayaan mesyarakat awam dalam usaha berganding bahu membendung dan mencegah jenayah secara lebih efektif di negara ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
