BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 31 Disember 2018 – Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Unit Pecah Rumah dan Curi Kereta dari Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei bersama kerjasama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja telah menjalankan Operasi Sepadu sempena malam tahun baru dialamat No.5, Spg.267-9-40, Kg.Rimba (ABMS Staff House).

Hasil dari pemeriksaan telah menahan dua warganegara asing dan seorang penduduk tetap. Kesemua suspek dibawa ke pejabat Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk siasatan lanjut. Kes disiasat dibawah Perintah Eksais 2006 Seksyen146(1)(d )berhubung kesalahan memiliki barang tegahan.

Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Jabatan Siasatan Jenayah bersama Agensi-Agensi Penguatkuasa Undang-Undang lain akan sentiasa membuat pemantauan dan mengesan penjenayah-penjenayah yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyalahi peraturan di Negara ini.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI