TEMBURONG, Khamis 19 Dis 2019 – Operasi Sepadu Penguatkuasa Undang-Undang yang terdiri daripada Daerah Polis Bangar, Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU), Jabatan Daerah Temburong, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN), Jabatan Buruh, Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan serta Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) telah mensasarkan ke rumah kediaman pekerja asing di kawasan Labu Estet, Daerah Temburong.   

Seramai 43 orang terlibat dalam operasi yang dijalankan di dua lokasi berasingan iaitu di Lot 1630 Kg Semamang, Jalan Batang Duri dan juga Kompleks Utama Bumiputra Temburong (kawasan pasar) yang telah diketuai oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Pengiran Anak Haji Azanuddin Aman Shah bin Pengiran Anak Ismail Al-Haj.   Hasil daripada operasi berkenaan; 

1 – Sebanyak 65 karton rokok pelbagai jenis yang tidak bertuan telah dijumpai seterusnya dikeluarkan Notis Rampasan Kastam (NOS) dan dirampas oleh pihak JKED.  

2 – Jabatan Buruh menjalankan tindakan terhadap majikan yang tidak menyediakan kontrak pekerjaan di bawah Bab 10 Perintah Pekerjaan 2009.  

3 – Jabatan Daerah Temburong membuat teguran perihal kebersihan dengan mengeluarkan persuratan secara rasmi kepada yang telah melanggar kesalahan.  

4 – Jabatan Kesihatan menjalankan tindakan terhadap keselamatan makanan dan memberikan kaunseling kepada pengurus-pengurus. 

5 – Manakala 2 pas khas dan 2 surat panggilan telah dikeluarkan oleh pihak JIPK  terhadap seorang majikan dan seorang pemilik tempat berjaja.  

PPDB akan meningkatkan lagi usaha dalam menangani kegiatan-kegiatan negatif serta anasir jenayah hingga ke peringkat akar umbi demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​