BRUNEI MUARA​, Selasa 20 Ogos 2024 – Satu operasi bersepadu di antara Jabatan Siasatan Jenayah & Polis Lapangan Terbang, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) serta agensi-agensi Penguatkuasa Undang-undang yang berkenaan terdiri daripada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) telah dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dengan matlamat untuk membanteras dan mencegah warga asing yang ingin memasuki Negara Brunei Darussalam dengan tujuan untuk menjalankan kegiatan yang tidak bermoral atau sebarang jenayah.

Hasil daripada operasi tersebut telah mengesan 1 orang warga asing dipercayai mencuba untuk melakukan kegiatan yang tidak bermoral dan telah ditolak kemasukannya oleh JIPK. Manakala pihak JKED juga turut menahan ubat-ubatan daripada 3 orang warga asing untuk dipohonkan kebenaran daripada farmasi, Kementerian Kesihatan.

PPDB serta agensi penguatkuasa undang-undang lain akan terus komited menjalankan usaha membanteras, merisik serta membuat pemantauan berterusan ke atas sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di Negara Brunei Darussalam.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI