BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat 31 Mei 2019 – Satu operasi sepadu telah dijalankan oleh agensi penguatkuasa undang-undang di negara ini yang terdiri daripada Balai Polis Kampong Ayer beserta Polis Marin Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Jabatan Kastam Eksais Diraja (JKED) dan Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH). 

Operasi yang dianggotai seramai 22 orang pegawai dan anggota tersebut dikendalikan di kawasan Jeti Pengkalan Batang Mukim Lumapas. 

Semasa operasi dijalankan telah mendapati beberapa kesalahan yang melibatkan peruntukkan undang-undang setiap agensi seperti kesalahan; 

1- Kesalahan membawa mercun. 

2- Kesalahan membawa beberapa jenis minuman, vape dan rokok pelbagai jenis. 

3- Kesalahan membawa masuk daging mentah. 

Dalam pada itu, seramai 18 orang suspek sekitar umur 19 hingga 54 tahun telah berjaya ditahan bagi dijalankan siasatan lanjut. 

Operasi sepadu seumpama ini akan dijalankan secara berterusan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei dalam membendung kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang serta memastikan negara ini sentiasa dalam keadaan aman dan tenteram daripada gejala-gejala yang mendatangkan kesan negatif dan buruk kepada masyarakat awam. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI