TEMBURONG, Sabtu 14 Dis 2019 – Lapan (8) agensi penguatkuasa undang-undang telah menjalankan operasi sepadu di kawasan Jalan Labu, Temburong. 

Antara agensi yang ikut serta ialah Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Jabatan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKED) dan Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH). 

Operasi sepadu yang dikendalikan selama 2 jam tersebut berhasil menemukan beberapa kesalahan di bawah akta lalulintas. 

PPDB : 11 kesalahan kompaun melibatkan pemasangan pelekat cermin gelap. 

JPD : 3 kesalahan kompaun melibatkan tayar dan kenderaan tidak sesuai digunakan di atas jalanraya. 

Bersempena dengan musim percutian persekolahan penggal akhir ini, operasi-operasi penguatkuasaan akan dijalankan dengan kerapnya bagi memastikan masyarakat awam peka dengan langkah-langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan terutama sekali bagi memastikan kenderaan mereka berfungsi dengan baik dan tidak ada melanggar sebarang kesalahan akta lalulintas mahupun yang melibatkan unsur-unsur jenayah. 

Konsep ‘Stop & Search’ dan ‘Stop & Talk’ juga diterapkan semasa keseluruhan operasi berkenaan bagi tujuan interaksi, mewujudkan kepercayaan dan pendekatan bersama masyarakat awam dalam usaha membendung dan mencegah jenayah secara efektif di negara ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI