TUTONG, Ahad 8 Dis 2019 – Dua (2) operasi sekatan jalanraya telah dikendalikan oleh keanggotaan Ibu Pejabat Daerah Polis Tutong dan Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).
Operasi sekatan pertama telah dikendalikan di kawasan Lebuhraya Muara/Tutong menghala ke Tutong yang diketuai oleh Inspektor Ahmad Faez bin Haji Mohd Hani bersama 21 orang anggota. Operasi pada hari itu telah mendapati 1 kesalahan doket dan 23 kesalahan kompaun.
Manakala operasi sekatan kedua melibatkan beberapa agensi penguatkuasa undang-undang seperti Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Badan Penguatkuasa Ugama (BPU) serta Jabatan Pengangkutan Darat (JPD).
Operasi sepadu sekatan jalanraya ini diketuai oleh Penolong Penguasa Polis (ASP) Dk Husmawati bte Pg Hussin bersama 24 anggota balai.
Di sepanjang operasi sekatan ini mendapati 27 kesalahan kompoun, 1 Notis Peringatan dikeluarkan dan 13 kesalahan JPD.
TEMBURONG – Balai Polis Bangar, Temburong telah menjalankan operasi sepadu sekatan jalanraya dengan kerjasama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Jabatan Pertanian, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) dan Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU) telah di kawasan Ujung Jalan & Pos Kawalan Imigresen Sempadan Labu yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Muhammad Ajib bin Haji Ahmad Awal.


Sepanjang operasi sekatan dijalankan mendapati 3 kesalahan kompaun dan 1 kesalahan dari Jabatan Pertanian.
Tujuan operasi ini dikendalikan adalah bagi memastikan orang ramai sentiasa peka dan akur dengan peraturan-peraturan yang telah diperuntukkan oleh perundangan di negara ini. Di samping itu juga konsep ‘Stop & Search‘ dan ‘Stop & Talk’ juga diterapkan semasa keseluruhan operasi berkenaan bagi tujuan interaksi, mewujudkan kepercayaan dan pendekatan bersama masyarakat awam dalam usaha membendung dan mencegah jenayah secara efektif di negara ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
