LAMUNIN, Khamis 25 Oktober 2018 – Seramai 10 orang anggota Balai Polis Lamunin, Daerah Polis Tutong telah menjalankan Operasi Sekatan Jalanraya di kawasan Jalan Bukit, Lamunin Tutong.
Mengetuai operasi tersebut, Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin, Inspektor Percubaan Ak Muhd Waie bin Pg Abdullah Sani.
Sebanyak tujuh (7) kesalahan kompoun dan dua (2) tindakan peringatan telah di keluarkan kepada pemandu-pemandu yang telah melanggar Akta Kesalahan Lalulintas. Antara lain kesalahan tersebut iaitu memandu kenderaan yang tidak layak dari segi keselamatan, mengubah suai kenderaan dan tidak membawa bersama lesen memandu.

TUTONG – Operasi sekatan yang sama turut di kendalikan oleh Balai Polis Tutong pada 24 Oktober yang lalu. Seramai 15 orang anggota yang di ketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Percubaan Abdul Hakim bin Haji Mohd Salleh di jalankan di kawasan lebuhraya Muara/Tutong.
Daripada operasi itu, sebanyak enam belas (16) Kesalahan Kompoun telah di keluarkan, empat (4) tindakan peringatan dan sebelas (11) pemeriksaan (Stop & Search) telah di jalankan. Kesalahan-kesalahan yang di dapati, lesen memandu yang telah mansuh, tidak mempunyai lesen memandu yang sah, mengubah suai kenderaan dan memasang pelekat plastik filem.
Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa berterusan mengadakan operasi sedemikian. Matlamat utama adalah untuk memastikan pengguna-pengguna jalanraya akan sentiasa patuh pada undang-undang jalanraya disamping berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan lalulintas yang mungkin sahaja berpunca daripada kecuaian pemandu itu sendiri.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
