BERAKAS, Jumaat 1 Mei 2020 – Satu operasi sekatan jalanraya telah dijalankan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di kawasan Jalan Penghubung Tanah Jambu semalam, 30 April 2020. 

Sekatan jalanraya yang bermula pada jam 10 malam tersebut telah melibatkan seramai 19 anggota daripada Balai Polis Berakas yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Berakas, Penolong Penguasa Polis (P/ASP) Muhammad Alif bin Haji Musa. 

Semasa operasi dibuat beberapa kenderaan telahpun dijalankan pemeriksaan beserta pendekatan melalui konsep ‘Stop & Search’ dan ‘Stop & Talk’ bagi tujuan menyampaikan maklumat dan nasihat kepada orang awam untuk sentiasa berada di rumah masing-masing, tidak mengadakan perkumpulan ramai, sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial di musim wabak COVID-19 ini sambil mewujudkan kepercayaan di kalangan masyarakat awam dan pihak Polis. 

Operasi yang dijalankan telah tidak mendapati sebarang kesalahan-kesalahan jenayah mahupun kesalahan di bawah Akta Lalulintas. 

PPDB akan sentiasa berterusan mengadakan operasi seperti ini bagi memastikan pelanggaran undang-undang di negara sentiasa ditangani di samping berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan lalulintas dan juga menghindari dari kejadian jenayah. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI