SERASA, Isnin 21 Ogos 2023 – Sebanyak 50 buah kenderaan telah dikeluarkan denda Kompaun Trafik di kawasan jalan menuju ke Pantai Serasa, Daerah Brunei-Muara. 

Operasi berkenaan melibatkan pegawai dan keanggotaan daripada Balai Polis Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dibantu oleh keanggotaan dari Ibu Pejabat Daerah Polis Brunei-Muara dan diketuai oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Polis Daerah Brunei-Muara. 

Secara keseluruhan, operasi tersebut telah memeriksa sebanyak 281 buah kenderaan di kawasan berkenaan dan antara kesalahan-kesalahan yang didapati adalah kesalahan memasang tabir dan pelekat plastik filem, ubahsuai kenderaan dan beberapa kesalahan lagi. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengharapkan operasi seperti ini akan memberi kesedaran kepada para pengguna jalan raya akan kepentingan mematuhi peraturan lalu lintas serta mendidik para pemandu untuk sentiasa peka dengan kondisi kereta, iaitu sentiasa dalam keadaan baik dan selamat untuk dipandu.

Dikeluarka​n oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​