RABU, 11 Dis 2019 – Dalam matlamat untuk memastikan para pengguna jalanraya sentiasa patuh dan peka pada undang-undang jalanraya di negara ini, beberapa operasi sekatan jalanraya telah dilaksanakan dengan melibatkan beberapa balai polis di Daerah Tutong dan Temburong.

Dua (2) sekatan jalanraya telah dikendalikan di kawasan Jalan Telamba dan Bukit Barun Lamunin, Daerah Tutong. Sebanyak 12 kesalahan kompaun dikeluarkan kepada pemandu-pemandu yang telah melanggar akta kesalahan lalulintas melibatkan kesalahan tayar menampakkan benang, mengubah suai kenderaan, memasang tabir atau pelekat plastik filem, tidak memasang plat lesen kenderaan dan beberapa kesalahan lagi.

Balai Polis Bangar turut menggiatkan operasi sekatan jalanraya yang telah dijalankan di kawasan Jalan Labu dan berakhir tanpa ada penemuan sebarang kesalahan.

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa berterusan melaksanakan operasi sedemikian bagi memastikan orang ramai akan dapat mengambil iktibar serta pengajaran daripada kesalahan-kesalahan pelanggaran akta lalulintas yang dilakukan oleh pemandu lain.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI