MUARA, Khamis 11 Jun 2020 – Pada 11 Jun 2020, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menahan sebuah kapal nelayan negara asing yang dipercayai menangkap ikan di perairan Negara Brunei Darussalam. Kapal nelayan negara asing tersebut beserta dengan 5 orang anak kapal iaitu seorang kapten dan 4 orang anak kapal kesemuanya warga Negara Viet Nam telah diserahkan kepada Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) untuk siasatan lanjut.

Jika sabit kesalahan akan didakwa dibawah Seksyen 17 (1) Perintah Perikanan 2009, kapten kapal akan dikenakan denda tidak melebihi BND$100,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Manakala anak kapal akan dikenakan denda tidak melebihi BND$2,500 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Kes ini masih dalam siasatan.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menyarankan kepada orang ramai agar dapat menyalurkan maklumat yang melibatkan kegiatan-kegiatan jenayah di perairan Negara Brunei Darussalam.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
