BRUNEI-MUARA, Sabtu, 4 Oktober 2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) terus komited dalam memperkukuh keselamatan komuniti melalui pelaksanaan aktiviti Pengawasan Kejiranan (PK) yang melibatkan pendekatan secara langsung bersama ketua-ketua kampung di seluruh negara.

Sebagaimana lazim, aktiviti mingguan ini dilaksanakan oleh ahli-ahli PK dengan kerjasama anggota dari balai-balai polis di keempat-empat daerah. Pendekatan ini bertujuan untuk meningkatkan komunikasi dua hala antara pihak polis dan masyarakat, serta untuk mengenal pasti perkembangan semasa di kawasan kampung, khususnya berkaitan isu-isu keselamatan dan ketenteraman awam.

Antara agenda utama yang dibincangkan semasa sesi lawatan dan muzakarah termasuklah pemantauan berterusan terhadap kegiatan di kawasan sekitar, usaha mencegah kejadian jenayah, serta penglibatan komuniti dalam menjaga keselamatan kejiranan secara kolektif.

Aktiviti seumpama ini bukan sahaja menyemai hubungan yang lebih erat dan harmoni antara PPDB, ketua kampung dan penduduk setempat, malah turut memberi impak positif dalam menjayakan objektif Pengawasan Kejiranan yang menekankan aspek keamanan, perpaduan serta kesejahteraan hidup bermasyarakat.

PPDB akan terus mempergiatkan inisiatif sedemikian secara konsisten demi memastikan tahap keselamatan masyarakat sentiasa berada pada tahap yang terbaik dan membina komuniti yang lebih berwaspada, bersatu dan bertanggungjawab.

PR PK 1.jpg
PR PK 2.jpg
PR PK 3.jpg

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI