PULAU PINANG, 18 FEBRUARI 2025 – Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) telah menghadiri Mesyuarat ke-39 Ketua Pakar Unit Antipemerdagangan Orang ASEAN (the ASEAN Heads of Specialist Anti-Trafficking Units) yang dihadiri oleh pihak Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei dan wakil daripada Bahagian Keselamatan Dan Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri.
Mesyuarat ini menghimpunkan para pakar dan pegawai penguatkuasaan daripada negara-negara ASEAN bagi memperkukuhkan lagi usaha menangani jenayah pemerdagangan orang, memperluaskan kerjasama rentas sempadan serta memperkemaskinikan langkah pencegahan, penguatkuasaan dan perlindungan mangsa.
Dengan ancaman pemerdagangan manusia yang semakin kompleks, perbincangan strategik ini memainkan peranan penting untuk memperkukuh rangka kerja serantau, sejajar dengan komitmen ASEAN untuk membanteras jenayah ini secara menyeluruh dan berkesan.
Antara lain yang diperkongsikan semasa mesyuarat ini adalah mengenal pasti tren baru yang muncul di dalam menangani jenayah exploitasi pemerdagangan orang, modus operandi si penjenayah dan strategi atau inisiatif terbaik yang boleh diambil bagi tindakan untuk memerangi pemerdagangan manusia di serantau ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
