GADONG, Selasa, 14 Oktober 2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Mesyuarat Dua Hala PPDB–SPF Kali Ke-18 bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) yang berlangsung pada 14 Oktober 2025 di Ibu Pejabat PPDB,Gadong.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin, Pesuruhjaya Polis, PPDB dan Timbalan Pesuruhjaya (Dasar), How Kwang Hwee, SPF. Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah peluang untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang keselamatan dan kepolisan, termasuk aspek latihan, peningkatan kemahiran serta pertukaran

kepakaran.

Mesyuarat turut membincangkan tentang peluang-peluang untuk memperluas kerjasama dalam bidang siasatan jenayah siber dan keupayaan forensik digital melalui program latihan serta penempatan pegawai PPDB di Singapura bagitujuan pendedahan dan pembinaan kapasiti. 

PPDB dan SPF menegaskan komitmen berterusan untuk memperkuku hubungan dua hala serta meningkatkan profesionalisme dan keupayaan anggota masing-masing ke arah pasukan yang berdisiplin, berintegriti dan berwibawa dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

IFG 1.jpg
IFG 2.jpg
IFG 3.jpg
IFG.jpg

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI