BELAIT,  Jumaat 4 Januari 2019 – Rondaan pencegahan jenayah telah dikendalikan oleh Balai Polis Labi bersama ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Labi I.  

Rondaan tersebut diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai, Inspektor Mohd Nazmi bin Haji Ismail bersama ahli Focal Point Labi dan anggota daripada Balai Polis Labi, turut hadir bersama ialah Ketua Kampung Labi I dan juga Pemangku Penghulu Mukim Labi, Yang Behormat Awg Hanapi bin Mohd Siput 

Rondaan tertumpu di kawasan bangunan-bangunan kerajaan, taman peranginan serta kawasan di bawah jagaan Ketua Kampung Labi I. Hasil rondaan dijalankan tiada kesalahan mahupun kegiatan mencurigakan yang menyalahi undang-undang ditemui. 

Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kepada orang ramai jika ada mendapati sebarang kegiatan yang mencurigakan sila hubungi segera talian 993 atau melaporkan perkara berkenaan ke Balai-Balai berhampiran. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI