BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 28 Ogos 2019 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Sengkurong telah menghadapkan seorang suspek ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan kerana dipercayai terlibat dalam kes melesapkan harta secara tidak jujur. 

Kejadian berlaku di mana suspek telah menjual satu telefon bimbit yang dipinjam dari temannya. Hasil dari jualan tersebut telah digunakan untuk kegunaan peribadinya. 

Tahanan lelaki bernama Azman Bin Awang Muhammad warganegara tempatan berumur 26 tahun dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan telah mengaku bersalah dengan dijatuhi hukuman 2 bulan pemenjaraan di Penjara Maraburong bermula dari tarikh 28 Ogos 2019. 

Pendakwaan dijalankan oleh DPP Nur Hidayatul Aeny Alisah binti Haji Zullizam dihadapan Majistret Hjh Ervy Sufitriana binti Hj Abd Rahman di bawah tuduhan Seksyen 403 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. 

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang di negara ini dan PPDB juga akan berusaha memantau dan seterusnya mengambil tindakan pada setiap kegiatan jenayah yang dilakukan untuk dihadapkan ke muka pengadilan. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI