Khamis, 17 Oktober 2019 – Tidak dinafikan lagi bahawa komitmen masyarakat kampung dalam program Pengawasan Kejiranan (PK) amat dihargai melalui penglibatan mereka dengan aktiviti-aktiviti seperti rondaan pencegahan jenayah yang dianjurkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).
Kerjasama dan sumbangan masa daripada ahli-ahli PK bertujuan untuk bersama-sama menanai tanggungjawab bagi memastikan keadaan dan kawasan persekitaran kampung dalam keadaan selamat dan aman.
TEMBURONG – Balai Polis Temburong bersama Fokal Point Unit Pengawasan Kejiranan (UPK) yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Mohd Ajip bin Hj Ahmad Awal melaksanakan rondaan pencegahan jenayah serta menjalankan sekatan jalanraya bersama penglibatan empat orang ahli PK Kg Amo yang tertumpu di jalan Kg Amo B. Turut hadir Ketua Kg Amo, Yang Mulia Hujan Anak Muit selaku Pengerusi PK.
Sebelum rondaan dijalankan, Pegawai Menguasa Balai menerangkan taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan semasa rondaan, perkongsian bersama statistik jenayah yang berlaku di kawasan kampung dan perkembangan isu-isu semasa kampung.
Juga turut serta empat orang ahli PK Kg Batu Apoi yang diikuti oleh Pmk Ketua Kg Batu Apoi, Yang Mulia Norasmadi bin Karim bersama keanggotaan balai membuat rondaan di sekitar jalan Kg Batu Apoi.
TUTONG – Dua rondaan pencegahan jenayah PK Kg Bukit Lamunin dan PK Kg Bukit Sulang/Kg Menengah Lamunin dijalankan oleh keanggotaan Balai Polis Lamunin dan Balai Polis Tutong.
Hadir bersama-sama menjalankan rondaan ialah Pmk Ketua Kg Bukit Sulang/Kg Menengah, Yang Mulia Awang Miluddin bin Matussin.
BELAIT – Tujuh orang ahli PK RPN Kg Panaga yang didukung oleh Pmk Ketua Kampung, Yang Mulia Mohd Arifin bin Abdullah bergiat aktif dalam rondaan pencegahan jenayah bersama keanggotaan Balai Polis Panaga.
BRUNEI MUARA – Keanggotaan Balai Polis Pusat BSB bersama Fokal Point UPK mengendalikan rondaan pencegahan jenayah bersama PK Kg Pelambayan dan Kg Dato Gandi yang dihadiri oleh Yang Mulia Hj Hanipah bin Begawan Pehin Udana Khatib Haji Junit selaku Pmk Ketua Kg Pelambayan dan Pemangku Ketua Kg Dato Gandi, Yang Mulia Awg Harun bin Ahmad bersama tujuh orang ahli PK.
Dalam pada itu, gabungan dari Fokal Point dan ahli PK tadahan Balai Polis Brunei Muara turut menggerakkan pemantauan dan rondaan pencegahan jenayah di letak kereta Stadium Tertutup / Pusat Persidangan Berakas serta kawasan sekitarnya.
Sepanjang rondaan dan pemantauan yang dijalankan di kesemua tempat tidak ada menemukan sebarang kegiatan unsur-unsur jenayah mahupun yang menyalahi undang-undang di negara ini.


Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
