Jumaat, 2 Ogos 2019 – Semangat kejiranan dan sikap toleransi antara ahli masyarakat penting dalam memainkan peranan pencegahan jenayah serta mengurangkan kadar jenayah setempat.
Di samping itu, beberapa aktiviti pendekatan dan rondaan pengawasan kejiranan (PK) kekal dipergiatkan dalam sama-sama menjamin kesejahteraan hidup berjiran.
BELAIT – Balai Polis Seria telah mengadakan pendekatan ke Sekolah Chung Ching yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, Penolong Penguasa Polis Percubaan (P/ASP) Syed Md Afidzul Azeez Bin Sheikh Hj Abu Bakar bersama anggota balai.
Juga diikuti dengan rondaan pencegahan jenayah pada malam harinya bersama empat orang ahli PK Kg STKRJ Lorong 3 Seria.
Rondaan malam itu tertumpu kepada tempat-tempat perumahan STKRJ, barek Lorong 3 Seria, kawasan Kg Baru, sekolah-sekolah, masjid dan kedai-kedai Pekan Seria.
BRUNEI MUARA – Bagi mengikuti perkembangan hal ehwal pengawasan kejiranan (PK) Kg Kulapis, anggota Focal Point Balai Polis Sengkurong telah membuat pendekatan ke rumah Pemangku Ketua Kampung Kulapis, Yang Mulia Awang Mohd Asyramisyanie bin Kamis.
Selain itu, Focal Point Balai Polis Muara tidak ketinggalan menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama ahli PK RPN Kg Mentiri Kawasan 1 iaitu Pemangku Ketua Kampung, Yang Mulia Haji Abu Bakar bin Haji Punggut yang mana rondaan dijalankan sekitar kawasan RPN Kg Mentiri Kawasan 1 berakhir dengan tidak menemukan sebarang kegiatan jenayah berlaku.
TEMBURONG – Manakala Focal Point Balai Polis Bangar turut membuat pendekatan ke kediaman rumah Pemangku Ketua Kampung Sumbiling, Yang Mulia Haji Suhaili bin Hj Badas.
Secara amnya perjumpaan tersebut bagi mengongsikan maklumat mengenai PK dan juga membincangkan penyerahan sijil lantikan bagi ahli PK yang baru dilantik di kampung tersebut.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
