SERIA, Khamis 11 Jun 20220 – Pada 24 Mei 2020 Balai Polis Kuala Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima laporan mengenai satu (1) kes kejadian melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih telah memasuki ke Negara Brunei Darussalam tanpa menjalani pemeriksaan imigresen yang berlaku pada 24 Mei 2020 sekitar jam 4.04 petang di Pos Kawalan Imigresen Sg Tujoh, Daerah Belait. 

Pada hari tersebut juga, kenderaan beserta pemandu berkenaan telah berjaya dikesan dan ditangkap oleh keanggotaan Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan. 

Hasil daripada siasatan kes, suspek merupakan seorang warganegara Malaysia berumur 45 tahun. 

Pada 11 Jun 2020, Pihak Polis telah menghadapkan suspek ke Mahkamah Majistret dan sebanyak empat (4) tuduhan terhadap suspek dikemukakan: 

1.Di bawah Seksyen 12(2) Akta Pasport Penggal 145 

2. Di bawah Bab 6(3) Akta Imigresen Penggal 17 

3. Di bawah Seksyen 69 Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204 

4. Di bawah Seksyen 143 Perintah Kastam 2006 

Pada masa ini suspek ditahan reman bagi menjalani pemeriksaan kesihatan ‘Psychological Assessment’ di Hospital RIPAS sebelum melanjutkan perbicaraan seterusnya.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI