TUTONG, Jumaat 17 Julai 2020 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin mengesahkan bahawa Balai Polis Tutong PPDB telah menerima satu laporan berkenaan seorang lelaki warga Indonesia yang sedang dalam pencarian oleh sebuah agensi penguatkuasa undang-undang di negara ini. 

Di samping itu, Pasukan Polis Diraja Brunei juga telah menerima maklumat tular di media sosial menyatakan bahawa ‘Orang tahanan lokap Balai Polis Tutong lari’. Berikutan maklumat ini, Pasukan Polis Diraja Brunei dengan tegas menafikan dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sepertinya. 

Walau bagaimanapun, Pihak Polis sedang berusaha untuk membantu bagi pencarian individu tersebut dan memohon orang ramai jika ada menemui sebarang individu yang mencurigakan agar segera menghubungi talian kecemasan Polis 993 atau memaklumkan ke Balai-Balai Polis yang berdekatan.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI